Sunday, 5 January 2014

APA ITU TAFAKKUR???

 Saya terpanggil untuk menulis tentang tafakkur, maklum jer lah bila kita berada di tepi pantai, boleh kata setiap hari kita akan memandangnya, tapi sejauhmana pandangan kita membawa kesan hingga ke hati kita???, Jika diminta menyatakan apa yang ada di pantai itu, kita boleh senaraikan… wah kitalah yang paling hebat…

Itu kita melihat pantai, cuba kita tenung dan renung pulak apa yang ada pada diri kita, mata, hidung, mulut, telinga, kaki, tangan, semua ada peranannya yang tersendiri, pernahkah kita merenung kejadian-kejadian ini… bagaimana kita nak merakamkan rasa kesyukuran jika tak berfikir dan bertafakkur dengan kejadiannya…

Pernahkah terfikir bahawa tafakkur ini merupakan ibadah yang terbesar, kenapa??, sebab kita berterusan melatih akal kita untuk membuka ruang-ruang akal bagi menambah pandangan dan darjah makrifatullah…

Darjah makrifatullah tidak akan meningkat melainkan kita sendiri merasakan bahawa dengan jalan tafakkur sahaja kita mampu merasa keagungan Allah SWT, kekuatanNya… kita selalu lupa bahawa kejadian-kejadian inilah yang membuat kita rasa kerdil dan hina di sisiNya…
Bersesuaian dengan Hadis Nabi SAW yang berbunyi ” Berfikirlah (bertafakkurlah ) tentang kejadian Allah, dan jangan kamu berfikir tentang Allah SWT “.

Berkata Hasan Basri : ” Tafakkur sejenak lebih baik daripada bangun malam”.

Suffian bin Uyainah merakamkan dalam syairnya:

” Jika seseorang itu ada fikrah ( tafakkur ),  Maka setiap sesuatu fikrah itu terdapat ibrah ( pengajaran)”.

Bagaimana pula kita nak menambahkan keyakinan kita terhadap Allah SWT??, tidak lain dan tidak bukan hanya dengan kita mengenali kejadianNya, langit, bumi, matahari dan lain-lain lagi… Inilah bukti kita benar-benar merasa keakraban kita dengan Allah SWT.

Ayuh! kita sama2 merenung kembali apa yang ada di sekeliling kita.. bersamalah kita mengambil ibrah di sebalik segala kejadian yang ada atas muka bumi ini…

P/s: Kenali diri kita, maka kita akan mengenali Allah SWT.

No comments:

Post a Comment