Tuesday 25 February 2014

PANTUN KASIH

 Kalau tuan pergi ketanjung
   Belikan saya pisau lipat,,
   Kalau tuan menjadi burung
   Saya menjadi benang pengikat,,

   Zaman perang raja burma
   Peluru sampai di pucuk kayu,,
   Seekor kumbang menyeri bungan
   Kumbang terbang bunga pun layu,,

   Semalam saya mimpikan bulan
   Nyiur gugur dengan tandannya,,,
   Tidur semalam mimpikan tuan
   Rasa kutidur di bantal lengannya,,,

   Jangan harap kepada padi
   Mari ditanam dalam gembia,,,
   Jangan harap kepada mimpi
   Hari siang manalah dia,,,

   Hendak gugur  gugurlah nangka
   Jangan menimpa si dahan pauh,,,
   Hendak tidur, tidurlah mata
   Jangan di kenang orang yang jauh,,,

   Jikalau tidak kerana bintang
   Masakan bulan terbit tinggi,,,
   Jikalau tidak kerana abang
   Masakan saya datang kesini,,,

   Malam ini mala jumaat
   Pasang lilin di atas peti,,,
   Tepuk bantal  panggil semangat
   Supaya bertemu di dalam mimpi,,,

   Semalam saya mimpikan bulan
   Nyiur gugur dengan tandannya,,,
   Tidur semalam mimpikan tuan
   Rasa kutidur di bantal lengannya,,,

   Jangan harap kepada padi
   Mari ditanam dalam gembia,,,
   Jangan harap kepada mimpi
   Hari siang manalah dia,,,

   Hendak gugur  gugurlah nangka
   Jangan menimpa si dahan pauh,,,
   Hendak tidur, tidurlah mata
   Jangan di kenang orang yang jauh,,,

   Jikalau tidak kerana bintang
   Masakan bulan terbit tinggi,,,
   Jikalau tidak kerana abang
   Masakan saya datang kesini,,,

   Malam ini mala jumaat
   Pasang lilin di atas peti,,,
   Tepuk bantal  panggil semangat
   Supaya bertemu di dalam mimpi,,,
  
   Sekocak, mendua kocak
   Air setegok saya tapiskan,,,
   Tengah malam bangun mengucap
   Bantal di peluk  saya tangiskan,,,

   Tinggi di sana tinggi matahari
   Anak kerbau mati terlambat,,,
   Sekian lama saya mencari
   Baru sekarang saya mendapat
  
   Belayar masuk kekuala kedah
   Patah tiang timpa kemudi,,,
   Sekuntum bunga terlalu indah
   Sekalian kumbang asyik berahi,

Burung tempua bersarang rendah, 
   Burung kedidi di tanah rata;
   Hajat bersua di malam indah,
   Memadu janji se ia sekata.

   Selasih ku sayang jadi bicara, 
   Sopan susila bagai penyeri;
   Kasih ku anyam pelangi sutra
   Mesra bertaup di bingkai hati

   Alun badai sampai ke kota, 
   Roboh menara di pulau jawa;
   Takkan tergadai istana cinta
   Andai rindu terpahat di hati.

   Wira megah seteru di tumpas 
   Semangat utuh perkasa sejati 
   Walau badai datang menghempas, 
   Tak runtuh kasih di hati

   Rumah kecil tiang seribu, 
   Rumah besar beruang-ruang; 
   Semasa kecil di timang ibu, 
   sudah besar di pinang orang.

   Dara jelita anggun bergaya,
   Sanggul berbunga kemas di ikat
   Pesona cinta membelai jiwa,
   Hidup bahagia sepanjang haya

  Ukiran istana si awan larat, 
  Bercorak bunga melilit dahan; 
  Binalah cinta berasaskan adat 
  Batasan ugama jangan di lupa

   Pucuk pauh delima batu, 
   Anak sembilang di tapak tangan; 
   Walau pun jauh beribu batu, 
   Jodoh pertemuan di tentukan tuhan.

   Ombak menghampas hujan menimpa, 
   Hikmah tengkujuh menguji akal 
   Termakbul sudah hajat di hati 
   Semuga ikatan terjalin kekal

   Layang layang jatuh melayang
   Jatuh kelaut di sambal jerung,,,
   Siapa kata saya tak sayang
   Kalau bunga rasa nak gendong

Berkurun lama pergi menjauh   
wajah ku lihat di dalam mimpi,   
Kalau dah kasih sesama sungguh  
kering lautan tetap ku nanti,  

Surat ku layang untuk berkata   
penyampai hasrat kata di hati,   
Kalaulah sungguh kasihkan saya   
jangan dibuang sampai ke mati,  

Indah nian bulan mengambang   
keliling pula bintang bercahaya,   
Wajah tuan bila ku pandang   
bagai melihat pintunya syurga,  

Langit cerah awan membiru   
dinihari embun pun jatuh,   
Sakit sungguh menanggung rindu  
di dalam air badan berpeluh,  

Senja berlalu iramanya merdu   
malam berhiba silih berganti,   
Merdu suaramu berputik rindu   
menganyam cinta di tasik hati,  

Kata terbukti setulus budi  
sepanjang abad terkalung di jiwa,  
Cinta sejati terus bersemi  
selagi jasad terkandung nyawa, 

Hilang sepi diraut wajah  
usah terlerai nilainya budi,  
Setia janji tak akan berubah  
kasih tersemai tetap abadi,

Petang hari indah di taman  
berjalan-jalan bersuka-ria,  
Kanda datang membawa harapan  
ingin mendirikan istana bahagia,

Burung merpati terbang melayang 
singgah sebentar di pohon meranti,  
Rindu hatiku bukan kepalang  
wajah mu tuan termimpi-mimpi,

Selat Melaka lautnya tenang  
di situ tempat perahu bugis,  
Orang jauh jangan dikenang  
kalau dikenang tentu menangis,

Terkenal gagah Indera Putera  
gagah lagi pahlawan berlima,  
Perlukah kanda bersumpah setia  
seia sekata hidup bersama,

Sayang selasih dibuat main  
air perigi dingin terasa,  
Hati tidak pada yang lain  
walau dinda jauh di mata,

Asal kapas jadi benang  
dari benang dibuat kain,  
Barang lepas jangan di kenang  
sudah jadi orang lain,

Pucuk pauh delima batu  
anak sembilang ditapak tangan,  
Biar jauh beribu batu  
jauh di mata di hati jangan,

 Dulang perak cantik terukir  
hadiah untuk tuan puteri,  
Jangan dikirim salam terakhir  
kekasih di sini setia menanti,

Indah nian Seri Menanti  
Seri Menanti bandar di raja, 
Dinda akan ku jadikan permaisuri hati  
seraut wajahmu ku jadikan penawar hati

KERANA SIKAP JUJUR, DAPAT BERKAHWIN SEORANG WANITA SUCI

Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh. Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.



Tiba-tiba terdetik di hatinya, “Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”


Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menelusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.


Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.


Tibalah saat yang dinanti-nanti, selesai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.


Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat. 

Hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya. Iaitulah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani.

Wallahu A’lam.

Sunday 23 February 2014

Sejenak Bersama Hati 

Bismillahirahmanirrahim….

Sejak kebelakangan ini hati ini selalu berbicara dengan diri ini, sehinggakan boleh membawa kepada perasaan sedih yang teramat sangat dan kekadang membawa kita merasa sebentar mengecapi nilai kebahagian yang sentiasa di dambakan oleh seorang hamba yang hina di sisi tuhan yang Esa. 

Dalam kita berjalan merentasi masa yang terlalu pantas bergerak ini, kita perlu menyediakan satu masa yang mana kita mampu berbicara dengan hati, yang tersangat mudah di bawa lari oleh anasir-anasir prosak jiwa. Bila kita mampu untuk berkomunikasi dengan hati ingatlah disitu kita akan mengecapi betapa bahagianya bila kita mampu melakukan ketaatan pada ilahi dan dalam masa yang sama kita merasa bersalah di sebabkan dalam taat kita terheret sama kita melakukan maksiat padaTuhan yang maha Suci 

Mungkin saudara pernah mendengar kisah Saidina Umar al Kahttab, yang mana seorang sahabat bertanya kepadanya “wahai Amirul mukminin, aku pernah melihatmu tika kamu bersendiriran perbuatanmu seperti seorang yang berada dalam kebingungan(sekejap gembira dan sekejap bersedih), mengapakah kamu berkelakuan sedemikian?? “, maka jawab Saidina Umar “keadaan yang kamu lihat aku dalam kegembiraan itu kernaku merasa bahagia berada dalam dakapan iman seperti sekarang ini, namun adapun dalamku bersedih itu ku teringat perbuatanku semasa jahiliyyah yang terlalu menyimpang dari kebenaran”. 

Begitulah sahabat yang mendapat didikan dan tarbiah secara lansung dari Nabi SAW, yang selalu berbicara dengan hatinya, sehingggakan jika berada dalam perhatian manusia lain pun tidak di sedari olehnya kena terlalu asyik dengan kebahagian dan terlalu gerun dengan kesalahan yang lampau. Betapa pentingnya kita meluangkan masa walaupun sebentar untuk kita bersama hati menghisab kebaikan dan keburukkan yang telah dilakukan bukanlah semata mata untuk kita menegak muka ke langit kerna kebaikan yang telah di lakukan tetapi memberi dorongan kepada kita menjadi mereka yang selalu sujud pada yang Esa kerna kekurangan diri kita ini. 

Jika kamu berjaya berada dalam dakapan bersama hati, maka menangislah jika kamu mampu untuk menangis lalu berharaplah pada tuhan agar tangisan ini bukanya tangisan seorang munafik yang celaka tetapi tangisan seorang hamba yang taat pada perintah yang maha Esa mengharapkan seluas keampunan daripadaNYA. Agar tangisan di dunia ini mampu mengurangkan tangisan kita di akhirat nanti, kerana tangisan di sana sudah tiada gunanya buat diri kita. Luangkanlah masa yang masih ada keluanganya, jika kita sudah berada dalam kesempitan ingatlah jika kita cuba luangkan juga pada masa itu tetap tidak merasa nikmatnya kerna pada masa itu sudah disempitkan. 

wallahualam…. 

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

Friday 21 February 2014

SUATU KISAH YANG MENARIK

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia
bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg
lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam
mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar
dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba
Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut
tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali
tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas
tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut
tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit
juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni....
habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah
bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat
lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan
terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat
sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu
ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh
sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau
yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di
bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa
mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah
malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita
kalau pendek talinya maka pendeklah umur kita dan kalau panjang
talinya maka panjanglah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam
yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila
dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak
ingat Allah. Astaghfirullah...

Thursday 20 February 2014

TERIMA KASIH YA ALLAH

Terima Kasih Ya Allah..

Terima kasih atas hidup yang luar biasa ini
Terima kasih atas degupan jantung ini
Terima kasih atas mata yang dapat melihat

Terima kasih atas telinga yang dapat mendengar
Terima kasih atas hati yang dapat merasa
Terima kasih atas tangan yang dapat menggenggam
Terima kasih atas kaki yang dapat berjalan
Terima kasih atas mulut yang dapat berbicara

Terima kasih atas orang tua yang bijak
Terima kasih atas sahabat yang setia menemani
Terima kasih atas adik-adik yang penuh semangat
Terima kasih atas orang-orang yang mencintai
Terima kasih atas saudara seperjuangan yang tak pernah letih

Terima kasih atas makanan yang meredakan lapar
Terima kasih atas selimut yang menghangatkan 
Terima kasih atas atap yang melindungi
Terima kasih atas pakaian yang menutupi
Terima kasih atas udara yang kuhirup
Terima kasih atas tanah yang kupijak
Terima kasih atas burung-burung yang berterbangan
Terima kasih atas bintang-bintang yang indah
Terima kasih atas matahari yang menyinari

Terima kasih atas rasa cinta
Terima kasih atas rasa sayang
Terima kasih atas rasa kasih
Terima kasih atas pengorbanan
Terima kasih atas perjuangan
Terima kasih atas air mata

Terima kasih atas kesempatan untuk mengenal-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beribadah kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk berharap kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk bergantung kepada-Mu
Terima kasih atas kesempatan untuk beramal soleh

Terima kasih atas segala yang tak pernah terucap
Kerana tak sanggup mulut ini mengucapkan syukurku yang tak terhingga
Kerana tak cukup pena ini menuliskan segala nikmat-Mu
Kerana tak cukup dunia ini melukiskan segala milik-Mu

Kerana Engkau begitu indah
kerana Engkau begitu sempurna
Kerana Engkau begitu mulia
Kerana Engkau begitu luar biasa....

Ampuni hamba ya RABB...
Tak terdaya hamba menghitung segala nikmat-Mu

Hamba hanya dapat menitiskan air mata...
Tertunduk tak berdaya di hadapan-Mu...




KISAH TENTANG SEBUAH KEHIDUPAN

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadap sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan..moga hdup kamu sentiasa dirahmati olehNya.. 

Thursday 6 February 2014

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK TENANG

 1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)



2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 


3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)



4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak.lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)



7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.



8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.



9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

" Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau sesatkan Hati kami setelah Engkau beri Petunjuk Yang benar dan Berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau MAHA Pemberi. " [AL-Imran, ayat 8]