Monday 31 March 2014

BERCERITA TENTANG JODOH

Jodoh seperti rezeki , ia telah ditentukan . namun , kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah . dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkanNya agar berusaha . carilah jodoh yang baik , carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga . siapa jodoh kita ? berapa banyak rezeki kita ? dan bila ? itu bukan kerja kita . itu ketentuan Allah . milik kita hanya usaha . jadi , berusahalah dengan baik , Allah pasti tidak akan mengecewakan kita .

ramai yang bercerita tentang tanda-tanda jodoh . insyaAllah sy akan kongsikan sedikit sebanyak antara yang pernah sy baca .

Tanda-tanda kalau dia JODOH kita itu ada dua.

✿~ dipermudahkan .
✿~ mendekatkan kita kepada Allah .

jika tiada kedua-duanya , bermakna dia bukan jodoh kita . makanya bila tanda itu tiba , bukalah mata dan jangan terus dibutakan cinta .

percayalah pada Allah . percaya sungguh-sungguh , jangan ragu-ragu , jangan berprasangka , yakinlah dengan sepenuh hati , ketentuanNya pasti yang terbaik , semoga itu membuat kamu berlapang dada dengan ketentuanNya .

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “ 3M ”.

apa itu " 3M " ?

siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh memahami, memaafkan dan memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita . huraian berkenaan " 3M " adalah seperti berikut :

memahami : -

setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain . ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan . maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita .

memaafkan : -

sifat memaafkan ini amat penting kerana sekiranya tiada sifat ini , nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama ( ini yang kita cuba elakkan ) . Lelaki memang lebih egonya , namun jika ingin selamat , buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga .

memotivasikan : -

pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain . faktor seperti stres , tekanan kerja , masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga , namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda .

Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis.

jodoh dari syaitan : -

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan . apabila si perempuan tadi mengandung , barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut .

jodoh dari jin : -

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya , lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi .

jodoh dari Allah : -

iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa . lalu , lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi . perempuan tadi menerimanya . mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah cinta yang diredhai Allah . bercinta sampai ke syurga .

10 tanda dia jodoh anda.

gunakan seluruh pancaindera . jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa . Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita ? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat dan akal untuk berfikir . jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan . dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya . apabila bersama , masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain . lalu gerak hati mengatakan , dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama . benarkah ia seperti yang diperkatakan .

berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

bersahaja

kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon . cuba perhatikan cara dia berpakaian , cara percakapan , cara ketawa serta cara makan dan minum . adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik . kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya , sah dia sedang berlakon . kadang-kadang , kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon . tetapi , apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat , maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai . jika tidak , dia mungkin bukan jodoh kita .

senang bersama

walaupun kita selalu bersamanya , tidak ada sedikit pun perasaan bosan , jemu ataupun tertekan pada diri kita . semakin hari semakin sayang kepadanya . kita sentiasa tenang , gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita . dia juga merasainya . rasa senang sekali apabila bersama . apabila berjauhan , terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya . tidak kira siang ataupun malam , ketiadaannya terasa sedikit kehilangan .

terima kita seadanya

apapun kisah silam yang pernah kita lakukan , dia tidak ambil peduli . mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan . dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini . yang penting , siapa kita sekarang . biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya , dia tidak ambil hati langsung . yang dia tahu , kita adalah miliknya kini . dia juga sedia berkongsi kisah silamnya . tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita .

sentiasa jujur

dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama . sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita . kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan . kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita . selagi kejujuran bertakhta di hatinya , kebahagiaan menjadi milik kita . apabila berjauhan , kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan . apabila dia tidak jujur , sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita . apabila dia jujur , semakin hangat lagi hubungan cinta kita . kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati . jadi , dialah sebaik-baik pilihan .

saling mempercayai

setiap orang mempunyai rahsia tersendiri . adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung . apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat di tangannya ? bagi mereka yang berjodoh , sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka . mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain . satu lagi , kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat . bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran . bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya .

senang bekerjasama

bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang , kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini . kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar . segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing . perkara paling penting , kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama . kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama . ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. jika tiada kerjasama , sukar bagi kita hidup bersamanya . ini kerana , kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus . bukankah ini menyusahkan ?

memahami diri kita

bagi pasangan yang berjodoh , dia mestilah memahami diri pasangannya . semasa kita sakit dia bawa ke klinik . semasa kita berduka , dia menjadi penghibur . apabila kita mengalami kesusahan , dia menjadi pembantu . di kala kita sedang berleter , dia menjadi pendengar . dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi . tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka , dia sentiasa ada untuk kita . dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan . kata orang , ‘ lidah sendiri lagikan tergigit , inikan pula suami isteri ’ . pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih . apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka , di saat senang dan susah , dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita .

tampilkan kelemahan

tiada siapa yang sempurna di dunia . tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut . pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu . bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita , dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita . sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya . malah , dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita . misalnya , apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari , dia tidak menghalang kita daripada melawatnya . apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing , memang ditakdirkan kita hidup bersamanya .

kata hati

dengarlah kata hati . kadangkala , manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya . dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing . kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu . apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita , tanyalah sekali lagi . adakah dia ditakdirkan untuk kita ? dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. serahlah segalanya pada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa.

mimpi

jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan . manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa . adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon , akan diberi petunjuk melalui mimpi . mimpi memang mainan tidur , tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk , insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk . jika dia pilihan kita , buatlah keputusan sebaiknya . jika tidak , tolaklah dia dengan baik . semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia . ingatlah , nikmat di dunia ini hanya sementara . nikmat di akhirat adalah kekal selamanya . fikirkanlah . adakah dia jodoh kita ?

manusia hanya merancang ,
Allah jualah yang menentukan .

Saturday 22 March 2014

SABAR

sesungguhnya sifat sabar ialah menahan diri daripada marah diatas sesuatu yang tidak disukai dan menahan lidah dari mengadu selain daripada ALLAH TAALA.berkata imam ghazali di dalam kitabnya arbaiin "hakikat sabar ialah menahan diri dengan meletakkan agama di hadapan dan meninggalkan keinginan hawa nafsu diri sendiri".kalau kita melihat al-quran terdapat lebih dari 70 tempat yang menceritakan tentang sabar dan ini menunjukkan kepada bahawa sifat sabar merupakan salah satu sifat yang besar dalam islam yang mana menjadi kewajipan kepada umat islam untuk mempelajari dan memilikinya.

pada sifat sabar terdapat beberapa peringkat yang di letak oleh ulama diantaranya
sabar dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH TAALA.
sabar dalam meninggalkan maksiat kepada ALLAH TAALA.
sabar menerima ujian dan dugaan daripada ALLAH TAALA.

insyallah saya akan cuba menghurai peringkat sabar diatas setakat yang mampu dengan sedikit ilmu yang ada di kurniakan oleh ALLAH TAALA kepada diri hamba yang hina ini.
peringkat pertama ialah sabar dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH TAALA.
setiap makhluk yang bernama hamba tidak dapat tidak wajib melaksanakan segala ketentuan daripada pihak tuan punya alam ini iaitu ALLAH TAALA.dalam melakukan setiap arahan yang datang dari ALLAH TAALA mestilah memerlukan kesabaran kerana ia memerlukan pegorbanan dalam semua sudut contoh arahan untuk dirikan sembahyang memerlukan kesabaran untuk meluangkan sedikit waktu untuk menunaikan arahan ini dan begitu juga arahan dalam berjihad kita memerlukan kesabaran untuk megorbankan sedikit harta malah nyawa sendiri untuk melaksanakan perintah tersebut jadi ini semua tidak akan terlaksana melainkan memerlukan sifat sabar.

peringkat kedua ialah sabar dalam meninggalkan maksiat kepada ALLAH TAALA.dudalam setiap jiwa manusia ALLAH TAALA telah meletakkan musuh iaitu nafsu yang mana ia merupakan senjata untuk merosakkan jiwa manusia apabila ia tidak pandai dikawal oleh tuan punya tubuh sendiri.ulama mengatakan bahawa untuk menjaga atau memelihara nafsu ini adalah hanya dengan ilmu dan amal sahaja.nafsu sentiasa memberontak untuk menjadikan manusia terjebak dengan maksiat dan ini memerlukan kepada manusia sendiri untuk mengatasinya dengan ilmu dan amal.dan sabar merupakan sifat yang tidak lari dalam masaalah ini kerana sabar lah yang dapat mengatasi masaalah untuk buat maksiat.kesabaran yang terlalu tinggi diperlukan untuk menjaga diri dari melaksanakan maksiat tambahan lagi maksiat yang kita ingin buat itu merupakan maksiat sudah berakar umbi pada individu itu.maka sifat sabar ini merupakan sifat yang patut ada pada batang tubuh setiap manusia.tidak pelik lah sabar peringkat kedua ini lebih tnggi dari peringgkat sabar yang pertama tadi kerana ia memerlukan mujahadah yang lebih besar berbanding peringkat pertama tadi

peringkat yang ke tiga ialah bersabar diatas ujian dan bala dari ALLAH TAALA.ini merupakan peringkat yang paling tinggi kepada manusia dalam mengamalkan sifat sabar kerana ia merupakan satu keadaan yang tidak dapat diramal apa yang akan berlaku.seperti mana semua orang tahu bahawa perkara yang akan datang hanya milik mutlak ALLAH TAALA.kadang-kadang perkara yang berlaku itu tidak tergambar lansung dalam pemikiran kita ini contoh kematian,kemalangan,bala dan lain-lain lagi.apabila perkara ini berlaku tentulah ia perkara yang tidak seronak kita dengar dan jugak tidak suka kita menerimanya namun kita terpaksa menghadapinya kerana ini merupakan ketentuan dari ALLAH TAALA.pada waktu kita menerima berita ini sifat sabar lah yang patut kita jadikan teman supaya kita menghadapi perkara ini dengan hati yang lapang dengan meyerah kepada ALLAH TAALA semata-mata.jangan kita jadikan rantapan dan teriakan sebagai teman untuk kita dengar berita ini seperti di kalanagn orang jahiliah yang mencarik-carik baju kerana terlalu sedih.kesedihan itu sudah menjadi fitrah pada manusia nabi pun menitiskan air mata ketika kematian anak baginda iaitu ibrahim bin saidina muhammad.

kita sebagai muslim wajib mempelajari tentang sifat sabar ini supaya menjadi aset untuk kita untuk menghadapi pelbagai ujian dari ALLAH TAALA supaya kita sebagai muslim berbeza cara menerima ujian dari ALLAH TAALA
dengan orang yang bukan islam.

Thursday 20 March 2014

"JODOH" Renungkanlah sedalam-dalamnya

Renungkanlah Sedalam-dalamnya...
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,begitu juga dgn yg sebaliknya. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr &Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa "Jerat Percintaan" & "Mainan" dari kalangan yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
  

Monday 10 March 2014

PUISI DARI UNKNOWN

 ~ MH370.. 
Dari klia utk ke beijing, 
Dikepekatan mlm engkau sembunyi, 
Hilang diradar terus dicari, p'bagai p'soalan kini dikaji... 
Langit cerah kini menyuluhmu, 
Demi dunia menanti hadirmu, 
Hujan sudah b'linangan dipipi, 
Namun dirimu tetap menyepi... 
Nyawa insan kini dipermain, Sudahkah hilang kemanusiaan?, 
K'hidupan manusia terus diadili, 
Adkah berniat utk menghakimi?... 
Si bijak m'jdkannya politik, 
si pintar mcipta lawak, 
si cerdik terus mencaci, 
si genius pula mentaksir sendiri... 
Ya Allah Ya Rabbi, Tnjukanlah kekuasaan & kebesaranMu, 
Agar semuanya terhenti, Agar semua bisa mengerti... 
Ya Allah Ya Rahman, 
Kami merancang Engkau jua merancang, 
Kami lakukan yg t'baik, Namum Engkau jauh lebih baik... 
Andai dilangit turunkanlah, Andai dilaut timbulkanlah, Andai didarat tunjukkanlah, Dan andai di alam lain singkapilah... 
Jika masih hidup pulangkanlah, 
Agar dpt kami syukuri, 
Jika telah tiada buktikanlah, Agar kami pasrah relakan kepergiannya... 
Ya Allah Ya Rahim kami masih mengharap keajaibanMu... 
#Pray4MH370

Thursday 6 March 2014

CARA MENGAWAL DIRI


 1. Setiap kita ingin menjadi seorang yang baik. Seorang yang menjaga batas-batas agama. Hakikatnya kita sendiri sebenarnya benci akan kelakuan buruk kita, suka akan kelakuan baik kita. Semua tahu yang keji itu dibenci agama, masyarakat dan banyak kesan lainnya. Akhirat ada balasan. Tapi kita sering terjerumus ke lembah keji itu. Kelemahan Iman, faktor keluarga, kawan, masyarakat, kemiskinan, suasana semasa dan banyak lagi faktor lain.


2. Wujud sebab-sebab yang menelanjurkan kita. Gagal bila diuji. Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Ada manusia yang lepas mampu mengatasi hal ini, dan tewas hal itu. Diuji secara zahir atau batin. Hidup kita tak akan lepas dari ujian, hinggalah dimatikan. Inilah hakikat kehidupan. Kita melihat mereka yang hebat, alim, kerana mereka sudah mampu dan dapat melepasi ujian tersebut. Darjat mereka diangkat, dan mereka terus berhadapan dengan ujian lain pula. Jika berjaya, makin tinggi lagi diangkat. Jika terpedaya, kembali menurun ke tahap lama. 


3. Janganlah seorang dari kita sudah merasa cukup kuat dan hebat. Kita perlu sentiasa pohon, berdoa pada Allah. Diberikan wang banyak dari sumber haram, masaalah rumahtangga, dikurniakan pangkat, wajah yang cantik, cemerlang dalam usaha dan apa-apa lagi kurniaan ujian. Andai Iman mampu mengawal dan mengelak kerana takutkan Allah. Tabah menghadapi segalanya. Menggunakan kurniaan Allah pada jalan yang diredha Allah. Kita akan terselamat dan terus kuat bila berjaya melepasinya. Kemudian kita akan diuji lagi dengan ujian berbentuk lain. Begitulah seterusnya.


4. Kita yang jika mengabaikan solat, sering mendedahkan aurat, bergaul bebas, ketagih web lucah, mencuri, berzina, LGBT dan macam-macam lagi perkara dosa lain. Kita sebenarnya diuji oleh keinginan nafsu kita, yang berlawanan dengan perintah Agama. Itu ujian pada diri kita, tahap keadaan, masa dan zaman kita. Manusia-manusia lain dahulu diuji juga, mereka sudah lepas dan ada yang sudah terlanjur, lalu banyak dan hebat lagi ujian yang perlu dilaluinya. Kita perlu usaha menghindarinya. Apabila kita berusaha, lalu telah berjaya berusaha menjauhinya, jangan sekali-kali kita ingat kita telah berjaya, lepas dan kuat segalanya. Kita akan terus berhadapan dengan ujian-ujian yang lain pula, hinggalah dimatikan. Jika kita terus ingin berada dalam keadaaan berdosa, kejahatan itu, kita sendiri yang menghambat cahaya hidayah itu. Dosa-dosa yang dilakukan, mengekang ketaatan, keikhlasan dan kebaikan lain, bimbanglah suatu amal tak dikhlas. Tapi yang pasti kita memang tak ingin berada dalam lembah dosa itu, kita sendiri tahu bagaimana rasanya. Yang kita fikir hanya ingin tangguh untuk bertaubat. Namun bimbanglah, jika masih lagi ada rasa, ia masih ada lagi setitik iman, namun ia jika dibiarkan makin lama, rasa itu akan hilang, dan bila ia hilang, ia mampu menghijab hidayah Allah, itulah yang kadang kita nampak bagi diri kita, telah jelas berlaku dan dicerita hal kebaikan, kebenaran didepan mata seseorang, namun tiada juga kesan. Sebelum karat dan titik hitam makin banyak marilah kita bersihkannya. Nanti setelah lama, sukar untuk dibersihkan dan sudah pasti banyak kesan lain terjadi. Amat perlu kita sentiasa ingat, matinya kita, tak dijangka waktunya.  “Diuji kerana sayang dan kasihnya Allah swt pada kita. Syukur masih diuji, dan marilah berusaha menerima sedikit keperitan yang sementara ini dalam tika diuji. Silau hidayah itu masih lagi menembusi hati kita”





Firman Allah swt: Yang telah menjadikan mati dan hidup, untuk Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk 2)

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mu'minuun 115)

Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al-'Ankabuut 57)

Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (Asy-Syuura 15)


5. Kita mengharapkan mati dalam ketaatan, dalam iman dan islam. Pengharapan kita ini disertakan kesungguhan kita untuk membina benteng jiwa yang kebal. Kebal bila perintah ditaat, dilaksana, difahami dan dihayati sebaiknya. Nabi saw contoh ikutan, panduan kita.


6. Suasana dapat mendorong kita segalanya. Hakikatnya kita semua memerlukan semangat, dorongan dan sokongan seseorang. Kita mengharap adanya perhatian dalam apa-apa perbuatan dan kerja hidup kita. Seorang sahaja sebenarnya sudah cukup, akan dapat, mampu menguatkan dan membangkitkan keinginan, semangat seseorang. Seorang sahaja sudah juga cukup, mampu menidakkan dan melunturkan kemahuan, hasyrat seseorang. Demikian perlu saling untuk bantu dan memberi harapan, perhatian, semangat pada yang baik, benar. Agar mereka berubah. Dan cegah yang buruk. Peringatkan, jangan suka, meredhai, menyokong, memberi perhatian dan membiarkan keburukan, dosanya. Demikian mereka akan juga berputus asa dan berubah. 


Namun disana ada kelompok manusia yang dipelihara Allah. Hubungannya dengan Allah, dijaga sebaiknya. Difahami, ditunaikan dan diyakini semutlaknya. Jiwanya diserahkan sebulatnya pada Allah. Dilaksana atau ditinggalkan bukan kerana suasana. Keperluan-keperluan diatas bukan sebab untuk merubahnya, sebaliknya dia akan terus mempersalahkan dan memperbaiki diri. 


Firman Allah swt: Dan orang-orang yang Beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang Ma'ruf, mencegah dari yang Munkar. (At-Taubah 71)

Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama. Mereka menyuruh membuat yang Munkar dan melarang berbuat yang Ma'ruf. (At-Taubah 67)





7. Amalan yang benar, difahami, dilaksana, dihayati, diyakini dan dijaga sebaiknya. Pasti punya kesan. Amalan yang wajib, kita pelihara dan jaga sebaiknya. Dan yang sunat kita usaha dengan bersungguh seolah macam yang wajib juga. Dengan demikian kita akan dapat, mampu kawal, hindar dari mengabaikan yang wajib. Habis kurang, lemah yang sunat sahaja kita tinggal, itupun akan hadir rasa bersalah juga jika sudah difahami dan dibiasai. Perbuatan dosa, kita elak dan jauhi sebolehnya. Yang ada perselisihan, punya amat sikit sahaja unsur-unsur yang mengundang fitnah, mudharatnya, kesannya tak besar mengikut keadaan. Kita tinggal, anggap macam dosa besar juga. Dengan demikian kita akan dapat dan mampu kawal, elak dari terjebak dosa yang besar. Habis kurang, lemah kita terlajak yang masih khilaf, ringan.


8. Perbuatan, penglihatan dan pendengaran. Saluran-saluran ini yang mengalirkan ke otak, lalu turun terus pada keinginan nafsu dengan bermacam caranya. Kita sebenarnya sudah mampu mengagak apa akan terjadi pada diri kita jika kita buat begini dan begitu. Jika kita lihat, dengar dan buat yang ini, pasti akan menghasilkan perkara itu. Demikian, kita perlu sekat awal-awal lagi permulaan yang menghala kepada perkara itu. Memang payah melaksanakannya, namun ia lebih lagi payah andai sudah sampai keperingkat tengah, kita telah terbuat, terlihat dan terdengar sesuatu itu. Caranya tiada lain, ia berkait rapat soal keimanan, kerohanian kita. Hubungan dengan Allah, ketetapan agama, rutin harian kita, macam mana ibadat dan dosa yang masih diselangi. Memang bukan mudah, dan kita rasa tak mampu, tak cukup kuat melawan nafsu ini. Namun tak dapat tidak ia diperlukan. Syurga akhirat melupakan segalanya. (Jaga, tunai sebaiknya yang wajib, banyakkan yang sunat. Lazimi masjid. Berpuasa. Dampingi, bersama, bersahabat dengan orang alim, soleh. Bermujahadah dengan kurangkan makan, tidur, gelak ketawa, sembang kosong. Lazimi taubat, istighfar, doa, al-Quran. Hadiri majlis ilmu. Hidup bermasyarakat, ramah sesama saudara lain. Sibukkan diri dengan kerja, hobi kesukaan kita yang tak dilarang agama, bermain bola, basikal, blog, menulis, mengedit gambar, memancing, main game dan apa-apalah lagi. Aktif berpesatuan, join ngo-ngo. Jangan jumudkan diri dengan perkara khilaf, nikmatilah yang halal. Biar sedikit amal, asal berterusan, kerana berterusan itu mengekang dari buat dosa. Baca, renungi kisah Nabi dahulu, sahabat, ulama’, mereka dibunuh, digergaji, susah, sakit, dihina, dipenjara dan berbagai lagi, sejarah hidupnya penuh dengan kepahitan jika dinilai. Gembirakan diri dengan perkara yang dihalal agama, banyak kenikmatan, kesukaan yang dapat kita kecap, rasa sebenarnya dengan cara yang halal). Kita perlu usaha kearah itu. Kebaikan yang banyak pasti menenggelamkan kejahatan. Pasti malu untuk melakukan kejahatan. Pasti terus tabah dalam ujian. 


9. Banyak perkara, yang jika kita selalu lihat, dengar dan bacanya, secara sengaja atau tidak. Ia mampu memberi kesan pada diri. Demikian, suasanakan persekitaran hidup kita dengan bahan-bahan nasihat agama. Cubalah buat, dan biarkan berterusan. Pasti ada kesan. Mungkin tak lagi sekarang, namun pasti ada hasil. Letaklah ayat-ayat, gambar-gambar peringatan, ancaman, perkuburan, nasihat, fadhilat, zikir dari al-Quran, hadis-hadis Nabi saw, para sahabat dan ulama’-ulama’. Alunkan ayat-ayat al-Quran, ayat-ayat yang penuh tangisan kedengaran, zikir-zikir keinsafan, atau nasyid-nasyid penyesalan dan apa-apa lagi yang berkaitan. Letak sebagai wallpaper di leptop, hp kita. Kesan dari mata, telinga akan terbit dan mulut akan sentiasa terbaca, hati kadang difikir. Sedikit sebanyak ia menyedarkan dan membangkitkan kesedaran, semangat pada kita untuk menjauhi dosa. 


10. Hakikat seseorang itu, walau dia tahu dan sedar dirinya banyak dosa, buat jahat. Dia tak suka orang lain turut melakukan kejahatan itu. Begitu juga jika dia melakukan kebaikan, dia ingin agar orang lain turut mengerjakannya. Seseorang juga, dia malas untuk mengajak orang lain pada kebaikan, kerana rasa dirinya bukanlah baik sangat, terlalu banyak dosa. Bimbang terbalik, kerana asyik sedap menyuruh orang. Perkara ini perlu difahami sebaiknya. Memang benar, disebut dalam suatu Hadis riwayat yang Sahih, “Pada hari Kiamat seorang dihadapkan dan dilempar ke Neraka. Orang-orang bertanya, "Hai Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedang kamu dahulu adalah orang yang menyuruh berbuat baik dan mencegah perbuatan mungkar?" Orang tersebut menjawab, "Ya benar, dahulu aku menyuruh berbuat baik, sedang aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat mungkar sedang aku sendiri melakukannya” (Hr Muslim). Ini hanya pada mereka yang niat memang sekadar ingin sedap bercakap, menyuruh, namun tak ingin dipraktiknya. Namun tidaklah pula terkena, andai seseorang itu memang sentiasa berusaha meninggalkan perkara dosa, berusaha beramal yang disuruh, namun ada juga silap dan banyak lagi tak dilaksanakan. Jika ingin tunggu bersih dari segala-galanya dan sesempurnanya, tak mungkin berlaku. Makin celaru keadaan. Bila nak tersampai? Demikian disarankan, antara cara untuk kita menjadikan diri kita sentiasa ingat, tak lalai dan hanyut, ialah dengan kita juga sentiasa menyedarkan dan mengingatkan orang lain. Menggalakkannya pada kebaikan. Demikian ia akan sentiasa terdetik pada diri kita, kita ingat pesan Hadis Nabi saw itu. Pahala kita pun dapat. 


11. Peribadi, imej dan gaya kita melambangkan kita. Ia dapat mengawal dan meluluskan kehendak kita. Jika kita berpakaian dengan pakaian yang nampak sosial, pasti orang nampak kita seorang yang bersosial, kita juga rasa ingin bersosial, tiada halangan. Begitulah jika kita pakai sebaliknya. Bagi wanita, yang pakai ketat, sendat, jarang, terbelah dan sebagainya, sudah tentu orang nampak dia seorang yang mudah untuk disentuh, ditegur dan diajak bermacam lagi, demikian wanita itu juga mengingininya. Begitulah juga andai dipakai sebaliknya, niqab, pakaian syara’. Fizikal kita, jika diuruskannya dengan rupa seorang yang beradab, rambut, kopiah, janggut. Pasti orang lihat seorang yang baik dan kita juga rasa segan buat jahat. Begitulah jika sebaliknya. Firman Allah swt: 


Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd 11)


12. Akhirnya, mudahan sedikit perkongsian ini ada manfaat. Ada kecelaruan dialukan untuk komen. Kita semua sekarang telah berada diakhir zaman, zaman yang penuh dengan fitnah. Yang baik, benar dan salah, jahat telah jelas kelihatan. Kita tahu al-Quran itu benar, apa yang disabdakan Nabi saw telah dan akan benar. Yang disuruh, jelas kesan baiknya. Yang dilarang, jelas kesan buruknya. Pada diri dan masyarakat. Syaitan itu tempatnya neraka, dajjal itu datang menyesatkan. Pilihan segalanya ditangan kita, bagaimana cara dan jalan-jalannya telah dijelaskan pada kita oleh Allah swt, Nabi saw, sahabat, ulama’. Sama-sama kita usaha sedayanya. Kita pohon kekuatan, petunjuk dari Allah. Ianya pasti akan hadir, bila disertai dengan kesungguhan usaha kita untuk berubah dan menghadapi ujian itu. Carilah jalan, perkara yang mampu membawa kita berubah, walau payah, perit, dasyat ujian. Kita perlu paksa diri permulaanya, yakinlah pada Allah. Ada jalan kebahagiaan, kesenangan yang lain akan nampak, akan dibuka. Segalanya hadir, berlaku mengikut tahap keyakinan, kesungguhan kita pada Allah.





Akhirnya, marilah sama-sama kita hayati dan renungi Sabda Nabi saw ini: “Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk Dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli Neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”. Lalu dibawa seorang penduduk Dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli Syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim)

Doa amat penting, kita pelihara, jaga ketetapan Allah. Ingat pada Allah. Allah akan jaga, pelihara kita. Allah bantu, selamatkan, beri petunjuk pada kita.


“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan kami atas agama-Mu. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri Petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami Rahmat dari sisi Engkau. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di Dunia dan kebaikan di Akhirat, dan Peliharalah kami dari azab neraka”



Ditulis pada
09 Rabiulawal 1433 H bersamaan 02 Februari 2012 M
Khamis, 10.15 pm. Terengganu, Malaysia.


Diedit semula
18 Jamadilakhir 1433 H bersamaan 10 Mei 2012 M 
Khamis, 06.30 am. Sana’a, Yaman.

Oleh:
Ahmad Firdaus Bin Azis di 2/02/2012 06:15:00 PG