Tuesday 10 June 2014

PENDAKWAH

 “Pendakwah adalah seorang yang menyakini dan memahami fikrah, gagasan atau idealismanya. Ia menyeru manusia kepada fikrah secara tulisan, ceramah atau perbualan biasa, kerja keras, secara peribadi dan umum, dan segala perkara yang boleh digunakan samada melalui alat-alat penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, pendakwah boleh menjadi penulis, penceramah, penyampai dan menjadi teladan yang mempengaruhi orang melalui perbuatannya”.

 “Pendakwah juga seorang ‘doktor kepada masyarakat’ yang merawat penyakit di dalam jiwa, dan memperbaiki keadaan masyarakat yang rosak. Oleh itu, pendakwah adalah pengkritik yang celik, hidupnya digunakan untuk melakukan perubahan dan pembaikan ke arah yang Allah kehendaki. Pendakwah adalah rakan dan teman, saudara kepada yang kaya dan miskin, tua dan muda, dan melalui sifat ini lahirlah dalam hatinya perasaan kasih mengasihi, dan teralirlah rahmat di matanya, dan datanglah keceriaan dan pengharapan dari lidah dan tangannya. Ini sangat diperlukan bagi pendakwah.. Dakwahnya melimpahkan kekuatan dan kegembiraan kepada ruh, bukan dari kefasihan bicara dan kepetahan lidah. Pendakwah adalah ketua bagi yang berada di lingkungannya, ahli politik di persekitarannya, pemimpin kepada fikrah dan orang yang mengikuti di sekelilingnya. Semua ini membuktikan bahawa tidak memadai hanya bergantung kepada syarahan atau ceramah sahaja, tetapi mesti ada pengaruh jiwa, dan dominasi ruhiyyah, berhubungan dengan Allah, dan penggunaan fikiran tentang apa yang telah terjadi dari pengalaman sejarah, dan keadaan manusia”.