Monday 9 February 2015

PANDANG

Mereka berkata alam menjadi dalil wujud Allah ..
Aku pandang pada alam ..
Allah tidak kelihatan ..
mana mungkin ada kekuatan alam mempamer wujud Tuhan..
Bukankah Allah tidak memerlukan alam..Dia yang zahir dan Dia yang batin Dia yang awal dan Dia yang akhir.

Aku pandang ke dalam hatiku..
Zat rahsiaku diterangi Rahsia Ilahi..
kemudian aku pandang kepada alam..baru aku melihat Cahaya-Nya meliputi alam..

Aku pandang lagi kepada alam..
cahaya-Nya kembali terhijab dari pandangan lalu aku pindahkan alam ke dalam hatiku..aku kembali melihat Cahaya Ilahi meliputi alam..

Cahaya-Nya hanya boleh dipandang oleh zat rahsiaku apabila aku menyatu dengan zat rahsiaku tanpa takwil tanpa hujah tanpa teka tanpa ulasan tanpa kupasan tanpa huraian...

Hanya yakin dan larut di dalam keyakinan bahawa aku tidak terpisah daripada zat rahsiaku..baru dapat aku saksikan Cahaya-Nya tanpa rupa tanpa warna hanya jelira di dalam yakin...Sesungguhnya Cahaya Engkau yang aku pandang..

Apa jua yang nyata bila aku halakan pandangan ke sana aku tidak melihat wujud di situ hinggalah aku halakan pandangan ke dalam hati baharulah aku melihat wujud menyertainya...

No comments:

Post a Comment