Monday 26 May 2014

TANYALAH USTAZ TV9 - TENTANG HATI 

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis. 

Hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Bagi memastikan hati dapat berfungsi dan menjalankan tanggungjawab kepada pemiliknya dengan baik, maka hati itu perlu dijaga serta dikawal dari segala kemungkaran kerana dari situlah akan terbitnya hati yang bersih. Apabila mempunyai hati yang bersih, maka pemiliknya akan lebih terdorong kepada kebaikan dan dirinya akan lebih terjaga dari segala dosa. 
Sebaliknya, apabila hati di penuhi dengan dosa, maka sukar untuk seseorang mendapat redha Allah kerana hatinya telah dicemari dengan kekotoran. Ustaz ada menyebut, terdapat banyak cara untuk menyucikan nya, dan antaranya ialah dengan beristighfar kepadaNya. Mohon keampunan dari Allah S.W.T di atas segala kesilapan diri. InsyaAllah dengan beristigfar, maka dosa - dosa yang kecil akan terhapus dan akan membersihkan sedikit sebanyak noda - noda dosa yang melekat di hati.. 

Jelas ustaz itu lagi, yang Nabi kita yang maksum dan tiada dosa itu pun beristigfar sebanyak 700kali dalam sehari. Jika nak di bandingkan dengan diri kita yang sememangnya banyak dosa, tetapi malas untuk memohon ampun kepadaNya. Berdoa lah, dan mohon lah keampunan dariNya. Apabila hati dah bersih, barulah diri kita akan dekat kepada Allah, dan mudah lah untuk kita mendapat rezeki yang halal dariNya. 

(Ni peringatan buat semua Dan buat diri ini juga.. ) 
Banyak kan lah istighfar dalam hidup kita sehari - hari kerana setiap saat, perbuatan baik dan buruk kita akan di catat oleh 2 malaikat yang tak pernah kenal penat dan lelah. Walau sebesar zarah pun, akan diperhitungkan di akhirat kelak. Oleh itu, moga dosa - dosa kita akan di hapuskan sedikit demi sedikit dengan banyak nya kita mengingati Allah dan mohon ampun kepadaNya.. InsyaAllah.. 

No comments:

Post a Comment