Tuesday 7 January 2014

BAYANG-BAYANG HIDUP...

Hidup ini bagaikan bayang-bayang, wajahnya samar-samar kelihatan, mungkin parasnya indah saujana, mahupun kelam gelap gelita, kita tidak tahu akan apa yang akan terjadi, mungkin berseronok pada jam 7 pagi, dan akan berasa sedih jam 3ptg dengan pelbagai kemungkinan. Mungkin pada 5hb Disember 2013 kita bermain dan bersenda gurau bersama yang tercinta, dan mungkin 25 Disember 2013 kedengaran berita kematian yang tercinta yang sebelum ini rakan segirangan Dan peneman tika duka.
Sahabat juga bagai bayang-bayang,gerak-geri mereka sukar ditafsir oleh seorang pemuda sebagai hamba, pada awalnya berasa mesra, bertukar idea, bercium muka, bercanda bersama dan tidak juga kuduga, akhirnya, berlaku persengketaan yang sangat nyata, tiada kata dua, yang ada hanyalah bermasam muka.
Amalanku juga bak bayang-bayang,
ketaatan dan kekerapan membuat sesuatu sering kali ditewaskan syaitan yang tidak mahu manusia islami,
pada awalnya dan pertengahan umur muda, sangat berkobar semangat untuk membuat kerja-kerja islam, tetapi, pengakhirannya hanya duduk dan membaca surat khabar sambil meneguk kopi. dan mungkin juga, pada awalnya tidak menahu fasal islam masa mudanya, tetapi, sangtlah memberi komitmen dimasa lanjutnya.
bayang-bayang itu hanyalah dapat dicorakkan oleh kita sendiri.

No comments:

Post a Comment