Friday 10 January 2014

KEGILAANKU...

Entah kenapa sikap begini,
Degil kepala batu pentingkan diri,
Suka dan benci bagaikan langit dan bumi,
Tak bercantum malah bergaduh sesama sendiri,
Sekali suka bagai terbang dilangit yang tinggi,
Sekali benci bagai api neraka pula dalam hati,
Susah benar membenci perkara yang disukai,
Susah lagi menyukai benda yang aku benci,

Andai jasad jadi munafik dalam realiti,
Jiwa pula berlari tanpa henti,
Tanda bantahan yang tak bertepi,
Bila dipaksa diri melangkah penuh benci,
Tanpa paksaan diri pula asyik lena dalam mimpi,
Manusia biasa pasti tuduh aku manusia ilusi,
Yang hanya ketawa tanpa henti,
Hidup hanya dialam mimpi,
Tinggalkan realiti jadi sepi,
Rasa mahu berdiri ditepi tebing tinggi,
Dan jeritkan semua rasa hati,
Asyik dipaksa buat itu dan ini,
Aku ini manusia atau patung yang tiada hati?

Ah,lupakanlah semua yang aku tulis disini,
Kadang minda yang gila seperti ini,
Datang dan mahu munculkan diri,
Sambil berdiri konon gagah berani,
Curahkan semua yang terbuku dihati,
Oh tolong,aku mahu lepas dari rasa ini,
Dan pijak semua kezaliman yang terjadi,
Isy,aku rasa bodoh sangat menulis semua ini,
Kerana kamu yang membaca pasti ketawa tak berhenti,

Hai...gila semua ini,
Apa jenis manusia aku ini?
Bercakap mcm tiada pedoman,
maafkan aku kerana aku memang begini...

No comments:

Post a Comment