Monday 6 January 2014

SILATURRAHIM SESAMA KITA.....

Memang sukar 
untuk menyatukan hati dan bersilaturrahim 
bila manusia 
hanya menurut kata hati 
Memang sukar untuk menyatukan hati 
malah dalam keluarga sendiri 
apatah lagi sebangsa, seagama 
senegara malah sedunia 
bila ikut hati tanpa panduan suci 
begitulah yang akan terjadi
Manusia suka menegakkan 
emosi sendiri walau tak pasti 
ianya hitam atau putih.. 
cemar atau bersih 
kerana bila hati dan rasa menjadi ikutan dan panduan 
bukan Al Quran dan Al Hadith 
menjadi pegangan, panduan 
dan pedoman... 
akan terjadilah segala 
yang tidak menyenangkan 
dan porak perandalah 
sesama insan malah... 
mencacat celalah sebuah negara tercinta....
Marilah kita bersama 
menegakkan ukhuwah Islamiah 
dan bersilaturrahim 
demi berpegang pada tali Allah 
dan tidak berpecah belah 
atau bercerai-berai... 
Nabi tercinta telah meninggalkan kepada kita umatnya dua perkara 
yang jika kita berpegang teguh 
kepada keduanya 
tidak tersesatlah kita... 
iaitulah Al Quran dan Al Hadith Marilah bersama kita menjunjungnya dan mengamalkan isi panduannya 
perintah dan larangnya demi untuk selamatnya kita dan bahagia dunia akhirat...

No comments:

Post a Comment