Monday 6 January 2014

KATA PUJANGGA UMAR IBNU AZIZ

kata-kata hikmah
Kata-kata pujangga umar ibnu aziz
•Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan.jesteru itu sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat
•Wahai manusia bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada neraka dan syurga dimana kalian semua akan menuju kearah salah satu diantara keduanya.
•Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi disaat tibanya waktu sembahyang.bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengahkan sembahyang kerana tugas-tugas duniawinya nescaya syariat-syariat islam yang lainnya akan mudah dicuaikan olehnya.
•Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.
•Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.
•Hati hanya mampu menolong mengikut setakat mana keihklasan kalian didalam megendalikan pekerjaan tersebut
•Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga.

No comments:

Post a Comment