Friday 10 January 2014

KESEDARAN DIRI..

"Sememangnya sifat makhluk yang lemah bernama manusia ini seringkali merasakan diri sentiasa benar di dalam apapun. Jarang mahu mengalah, jarang juga mahu bertolak ansur dan memahami manusia lain selain dirinya. Bagi dirinya, kepercayaan yang dimilikinya adalah yang paling benar dan terbaik diantara seluruh manusia di dunia ini. Bila tiba masanya yang ditakdir Tuhan, semua kepercayaan runtuh dan ketika itu barulah    
timbul kesedaran bahawa hidup punya naik turunnya, hidup punya atas bawahnya, hidup punya lawanannya...tidak selamanya kita benar,dan tidak pula selamanya kita salah...masa akan terus berjalan untuk memperbetulkan semuanya...demi sebuah keteguhan kepercayaan yang kalian semua gelar "taqwa",satu permainan diwujudkan iaitulah namanya kehidupan...berbagai kisah dilemparkan didalamnya hanya untuk mencari siapakah empunya diri yang mahu memahami segala cerita disebaliknya....pemahaman yang terbaik apabila ia membuahkan kepada tindakan yang seterusnya merebak kekuatannya kepada manusia yang lain...kisah yang sama diulang berkali-kali bilamana manusia itu masih tidak mengerti mengapa semuanya terjadi, tidak mahu menerima dengan hati yang redha,dan tidak memperbaiki kesilapan yang terjadi semalam...kisah hitam yang terjadi di dalam kehidupan banyak mengajar manusia erti hidup, mengajar manusia tetap tunduk pada yang mencipta sekalipun cuma di dalam hati..."

No comments:

Post a Comment