Thursday 9 January 2014

KEMAMPUAN MENGIKUT KEPERLUAN KITA..

Setelah mengkaji Dan berfikir, akhirnya saya diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menulis apa yang terlintas, apa yang terfikir di kepala… Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi kekuatan ini…

” Tidak Allah bebankan seseorang hamba itu melainkan dengan kemampuannya”(Baqarah), bila direnung ayat ini saya terus rasa saya tak patut rasa tak mampu, tak kuat, lemah, sedih, kerana semua tanggungjawab, bebanan semua atas kadar kemampuan manusia… anda bersetuju tak dengan penyataan saya??, saya pernah membaca sebuah buku mengenai Hal ini , apa yang menarik perhatian saya, buku itu memfokuskan perkataan “kemampuan”. Ia menggariskan kemampuan yang harus kita lakukan untuk melakukan sesuatu perkara dikaitkan dengan muatan gelas, adakah gelas yang muatan 150ml, kita cuma meletakkan air sekadar 20 atau 30ml air, sedangkan ketika itu kita terlalu dahaga… tentu sahaja kita akan memenuhkan muatan gelas tersebut, mengikut keperluan dahaga tadi…

Begitulah juga kehidupan kita seharian jika ditimpa masalah atau musibah… Adakah kita sekadar duduk diam dan goyang kaki sahaja?, tanpa mengetahui keperluan roh dan jasad kita… begitu juga dengan hal dahaga tadi kalau kita mahukan yang sedap dan indah, kita perlu membancuh kopi atau teh tarik… untuk menjadikannya lebih menyelerakan…

Fikir2kanlah sahabat… jika banyak keperluan kita maka banyaklah muatan yang perlu diisi… itulah yang dikatakan kemampuan, sebab Allah takkan datang ujian melainkan sesuai dengan kemampuan seseorang itu… jika kita merasa lemah… sebenarnya kita tak menggunakan sepenuh kemampuan yang ada begitulah analoginya dengan kes gelas tadi… jika masih ade lagi ruangan kosong pada gelas itu kita akan cuba isi supaya tiada lagi rongga2 yang sepatutnya kita kosongkan, sedangkan keperluan kita lebih besar dari itu…

No comments:

Post a Comment