Thursday 9 January 2014

WARKAH BUAT ABANG

Abang,
Ku tuliskan karya ini buatmu
Saat hati tak rela meninggalkanmu di sini,
Di bumi Malaysia.
Terasa singkat perkenalan kita,
Terasa waktu begitu mencemburui kita,
Mencemburui kemesraan kita.

Abang,
Walau hadirmu seketika cuma,
Terlalu banyak memori tercipta,
Terlalu banyak kenangan terlukis,
Semuanya terakam indah di minda,
Seringkali bermain manja di fikiran.

Abang,
Walau kita tak pernah bertentang mata,
Belum pernah bersua wajah,
Namun,
Dapatku rasakan kasihmu terhadapku,
Terima kasih,
Terima kasih kerana memberikan 1001 kenangan buatku,
Terima kasih kerana memberikan aku kasih sayang seorang abang,
Terima kasih untuk semuanya :')

(credit kepada intan payung)

No comments:

Post a Comment