Tuesday 7 January 2014

UBAH CARA HIDUP KITA...

Kali ni, saya suka untuk membicarakan hakikat yang ada disekeliling kita tapi kita sering lalai dengan kewujudannya.. kita sering menangis lemah, tapi hakikatnya kita berkemampuan, kita sering rasa kita bukan orang yang sesuai utk menjadi baik, kita bukan orang yang sesuai untuk berubah, kita belum masanya lagi untuk berubah… Perasaan negatif ini sering bermain di minda kita, hampir setiap kali orang mengajak kita ke arah kebaikan, itulah alasan kita. Di mana prinsip kita?. Bila bercerita tentang benda yang menarik minat kita, tiba2 kita berprinsip… seolah2 perubahan dalam diri ini bukan satu aset penting buat kita.

Bagi yang menyatakan alasan yang sebegini, adakah dia mampu menjangka hayatnya sepanjang mana, manalah tahu semasa penangguhannya itu, tiba2 nyawanya dicabut oleh malaikat maut… so ketika itu apakah jawapan selayaknya kita berikan… tepuk dada tanya iman…

Sering juga meniti di telinga jawapan ini, bila orang ajak buat perkara kebaikan (maaruf), alasannya belum dapat hidayah… habis orang yang datang ajak buat kebaikan itu bukankah salah satu bentuk hidayah… hai la manusia di mana kesedaran dirimu…

Mari sama2 kita renung firman Allah SWT ini: ” Maka Allah telah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”. As-Sham (8-10). MasyaAllah inilah janji Allah bagi sesiapa yang dapat membuat keputusan dengan tepat. Yang mana Allah sudah meletakkan pilihan, namun atas ilmu dan kebijaksanaan kitalah yang mampu menilai baik dan buruknya.

Memang saya tak nafikan suasana memainkan peranan penting dalam menghadapi perubahan… jika di sekitar semua orang jenis tak tutup aurat dengan lengkap, maka jika kita tidak betul2 kuat mempertahankannya… kita pun mungkin terpengaruh… rasa macam tak ikut trend, rasa ketinggalan berbanding yang lain… wah..wah..  dalam bab ini kita merasa ketinggalan tapi dalam mengerjakan amal maaruf bagaimana?, Quran ada menggariskan ” Berlumba2lah dalam membuat kebaikan”. So bila dalam keadaan ini berlaku, di manakah kedudukan kita??. fikir2kanlah.. renung2kanlah…

Percayakah kalau saya katakan umur yang selayaknya untuk kita berubah sebelum 25 tahun, jika tidak perangai atau sikap itu akan menjadi sebati dalam diri kita. Mungkin boleh diubah namun agak sukar…

Setuju tak, kalau saya katakan perubahan menagih pengorbanan… ya pengorbanan!… pengorbanan yang bagaimana??, pengorbanan yang sememangnya wajib dilakukan iaitu meninggalkan perkara maksiat… jika dulu kita seorang tak suka dengan suasana islamik, mungkin selepas ini kita perlukannya, kenapa??, jawapannya mudah… bila mahukan perubahan… mestilah melakukan penghijrahan… bukan penghijrahan seperti musafir tu… tapi penghijrahan dari satu environment yang tidak sihat… kepada yang lebih membantu..

Jadi, saya suka menyatakan kehidupan yang berlegar di sekeliling kita hanya pinjaman yang Maha Esa, bila kehidupan yang dipinjamkan ini bila tiba masa dan ketikanya ia perlu dipulangkan dalam keadaan seperti sediakala…dengan jumlah yang sama tanpa ada pengurangan sedikitpun…kalau adapun, orang yang memberi hutang itu menghalalkannya..menarikkan kehidupan kita selaku peminjam…

No comments:

Post a Comment